Tuesday, August 7, 2007
Sunday, June 10, 2007
Siapa kawan sebenar?

Sabda Rasulullah s.a.w
Daripada Ibnu Abbas Abdullah bin ‘Amri Ibni ‘As menceritakan bahawa ditanyakan kepada Rasulllah (s.a.w.) “siapakah kawan yang baik untuk kami dekati mereka? Lalu sabdanya: Sebaik baik kawan kamu itu ialah mereka yang akan mengingatkan kamu kepada Allah (s.w.t.) bila melihatnya dan menambahkan ilmu kamu oleh percakapannya serta menyemarakkan semangat kamu bersedia bekalan untuk akhirat. (Tarmizi)
Huraiannya
Dalam hadis ini, Rasulullah ada mengingatkan mengenai kawan yang baik yang perlu dicari dan dipilih untuk menjadi panduan dan ikutan. Iaitu mereka yang dapat menjadi contoh teladan dalam semua bidang kehidupan. Dan bila kita berkawan atau mendekatinya dia akan memberi keuntungan sama ada dalam kehidupan dunia atau akhirat. Dia dapat menambahkan ingatan kita kepada Allah ilmu juga akan bertambah di samping dapat menambah semangat jitu untuk beramal dan berbekal untuk hari akhirat.
Kesimpulannya
Dalam memilih kawan janganlah tersilap orangnya nanti kita sendiri akan rugi dan kecewa. Oleh itu carilah kawan yang baik dan dapat membantu kita dan memberi semangat untuk beramal.
Posted by
MUHAMMAD BIN HJ TAIB
pada
7:05 AM
0
comments
Monday, May 28, 2007
Sebuah Cerita Nasihat
Ada seorang pemuda yang sangat pemarah.Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalahkecil sahaja.Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.
"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda."Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kitaini,bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memakusebanyak 37 batang paku pada tembok batutersebut.
Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya,jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukulpaku menembusitembok batu tersebut.
Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah,walau sekali pun.Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu,pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.
Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-pakutersebut.Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanyadengan bangganya.BAPANYA TELAH MEMIMPIN tangannya ke tembok tersebut dan berkata"Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesanlubang-lubang di tembok batu tersebut,tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya.
Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka,sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau danmembunuhnya.
Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesalatas perbuatam mu,namun lukanya masih tetap ada.Suka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.
Sahabat adalah permata yang sukar dicari.Mereka membuatkan kamu ketawa danmenggalakan mu ke arah kejayaan.Sahabat juga adalah seorang pendengar,berkongsi suka dan duka dan sentiasa membukahatinya kepada kita.
Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hatimu....
Posted by
MUHAMMAD BIN HJ TAIB
pada
3:57 AM
0
comments
Hati yang Bersih......
"Hati yang sentiasa mengingati Allah SWT, di situlah akan bermula segala kebaikan tercipta. Hati yang membisikkan pada kita supaya bertaubat, melupakan segala yang berlalu dan memulakan hidup baru. ..
"Hati bersih kembalikan cahaya iman, IslamDr Juanda Jaya
SETIAP hamba pasti pernah melalui hari mendung dalam hidupnya. Ketika itu dia akan berada dalam zon iman yang lemah dan keadaan itu membuat dirinya sangat tertekan. Apakah mungkin hidupnya boleh tenang jika hubungan dia dengan Allah Taala terancam?
Banyak sebab yang menyumbang kepada keadaan seperti itu. Antaranya ialah jika kita terlalu obses terhadap dunia hingga melupakan matlamat sebenar hidup ini. Tetapi bersyukurlah kepada Allah SWT kerana hati anda masih lagi hidup dan berasa sempit apabila menyedari kealpaan yang lalu.
Anda masih memiliki semangat untuk bangkit mencari iman yang hilang. Tetapi persoalannya, di manakah kita boleh menemukan iman yang hilang itu?Ada beberapa tempat yang boleh kita kunjungi untuk mencari keimanan sejati.
Antaranya;Di hati kita sendiri. Sesiapa yang mahu memperbaiki diri mesti melihat ke dalam lubuk hatinya. Di situlah asal mula kebaikan bercambah menjadi benih yang baik.
Hati yang hidup biasanya sibuk menyoal pada tuannya, kenapa kamu lakukan itu dan ini? Untuk siapa dan apa faedahnya? Hanya ada satu zat yang dapat menguatkan hati kita, apabila kita bersandar padaNya maka hilanglah segala beban yang menyesakkan dada.
Siapakah yang kita cari jika hati terlalu sedih? Siapakah yang kita tuju jika mara bahaya telah mengepung dari segenap penjuru?
Firman Allah Taala yang bermaksud: "Dan jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu maka tidak ada yang dapat menolak kurniaan-Nya. Dia memberikan kebaikan itu kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." – (Surah Yunus: Ayat 107).Hati yang sentiasa mengingati Allah SWT, di situlah akan bermula segala kebaikan tercipta.
Hati yang membisikkan pada kita supaya bertaubat, melupakan segala yang berlalu dan memulakan hidup baru.
Hati adalah tempat jatuhnya pandangan Allah SWT, tempat berkumpul rahmat dan hidayah-Nya bagi mengikis segala syahwat yang melekat di dindingnya. Jika hati boleh disentuh umpama mangkuk kristal yang mahal, tuan empunya sudah tentu menjaganya dengan penuh kasih sayang. Jangan ada debu yang melekat, sentiasa dibersih dan diletak pada tempat yang aman. Tiada tangan kotor yang mampu menjamah.
Tapi sayang hati itu begitu murah pada pandangan manusia yang lalai, di biarkan retak menanti pecah berderai oleh dosa yang hitam. Masihkah ada peluang bagi kita membersih hati yang dicipta Allah SWT untuk merasai sejuta nikmat. Nikmat iman dan Islam, nikmat kebahagiaan dan ketenangan.
Al-Fudail bin 'Iyadh berkata: "Sesiapa yang memperbaiki hatinya kerana Allah, nescaya Dia akan memperbaiki amal perbuatanmu. Sesiapa yang memperbaiki hubungannya dengan Allah, maka Allah akan memperbaiki hubungannya dengan orang lain''.
Iman yang hilang dan kehidupan sempit itu akan segera berakhir jika kita bersedia memperbaiki hubungan kita dengan Allah Taala. Melicinkan hati dari debu yang melekat, kerana tiada seorangpun yang sanggup menderita tanpa cahaya iman.
Berbuat adil terhadap diri sendiri.
Adakalanya penyakit jasmani dan mental menyerang manusia silih berganti. Bukankah itu petanda wujudnya kezaliman yang kita lakukan pada diri sendiri? Pemakanan yang tidak seimbang dan rehat yang tidak mencukupi menjadi punca kurangnya daya kekebalan tubuh.
Tekanan dalam menempa karier dan kerjaya, hubungan yang tegang dengan orang lain menjadi sebab tekanan berlarutan. Tetapi adakah kita juga merasai antara sebab tekanan dalam hidup ini ialah tidak tersedianya ilmu yang cukup, iman yang kebal dan ibadat yang ikhlas?
Anda boleh meminta nasihat doktor pakar atau mencari ubat...
Posted by
MUHAMMAD BIN HJ TAIB
pada
3:52 AM
0
comments
Thursday, May 17, 2007
Selamat Hari Ibu
Apakah sebenarnyaTerbuku di kalbumuApakah erti linang air mata di pipimu.....
Posted by
MUHAMMAD BIN HJ TAIB
pada
5:54 AM
0
comments
Label: lagu
Monday, April 30, 2007
TITISAN MALAM
"Ya AllahBerdetik jantungku menyebut nama-MuTenang dan damai dalam kalbukuSedingin sinar embun pagiIndahnya tak dapat ku gambarkan lagiLebih tenang dari pantai yang sunyiLebih damai dari taman yang wangi
Posted by
MUHAMMAD BIN HJ TAIB
pada
8:09 AM
0
comments
Label: mad_mantain86
PERINGATAN BUAT DIRIMU DAN DIRIKU
''WAHAI DIRI.. MENGERTILAH….Diriku,Dalam rancak kau menyiram taman hati insan lain,Kau terlupa membaja taman hatimu sendiri,Agar ia sentiasa segar dalam hubungan dengan Allah,Tersentuh dengan daulatNya,Merasa terpikul amanah ad-Deen ini..
Posted by
MUHAMMAD BIN HJ TAIB
pada
8:07 AM
0
comments
Sunday, April 29, 2007
Cegah Kemungkaran
DARIPADA Abu Said katanya: aku dengar Rasulullah (s.a.w.) bersabda: siapa yang melihat (dan tahu) sebarang kemungkaran, maka hendaklah diubahkannya dengan tangannya (kuasanya), kalau tidak berkuasa, maka (ubahlah) dengan lidahnya, dan kalau tidak mampu juga, maka ubahlah dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman (Muslim).
Pengertian
Rasulullah ada mengingatkan supaya umat Islam bertanggungjawab membanteras kemungkaran, sesiapa saja yang melihat atau mengetahui wujud sebarang kemungkaran di mana-mana, terutama di tempat yang terbuka, hendaklah mencegahnya sedaya-upaya, mengikut kemampuan masing-masing. Kalau ada kuasa, maka dengan kuasa yang ada padanya. Sekiranya tidak berkuasa, boleh juga dilakukan pencegahan dengan teguran, aduan, laporan dan nasihat atau pengajaran yang baik, dan siapa yang tidak mampu juga, boleh dilakukan tugas tersebut sekalipun dengan hati, iaitu dengan membenci dan tidak merelai berlakunya kemungkaran tersebut.
Kesimpulannya
Tugas amar makruf dan nahyu mungkar itu, tidak boleh diabaikan tanpa pengecualian, semua umat bertanggungjawab mencegahnya, bila saja kemungkaran itu dapat dilihat atau diketahuinya sesuai dengan kemampuan masing-masing.
Posted by
MUHAMMAD BIN HJ TAIB
pada
4:15 AM
0
comments
Sunday, April 15, 2007
Mutiara kehidupan muslim
*Orang yang berilmu itu dia akan tahu dengan tiga perkara:berilah anugerah kepada siapa
yang engkau mahu,maka engkau akan menjadi pemimpinya,mintalah kepada siapa yang engkau mahu ,maka engkau akan menjadi tawanannya ,jadilah dirimu tidak mengharapkan pemberian dari sesiapapun,maka kedudukanmu akan setaraf denganya.(Saidina Ali r.a)
*Hendaklah berfikir dua kali sebelum berbicara,kerana telinga dan lidah hanya satu.Orang bijaksana selalu berlidah dihati,orang jahil berhati dilidah kerana yang berkata hati bukan lidah.
*Orang hanya akan maju dan berkembang bila mana dia dapat mengatasi pelbagai kesulitan,kerana itu harus tekun dengan tekad ,maju terus meskipun menghadapi pelbagai dugaan dan rintangan.
*Semakin besar kesulitan,semakin besar kemuliaan.
*Penderitaan dan kesusahan hidup adalah pengalaman yang paling berharga dan akan membuat sesaorang berjiwa besar.
*Orang yang tidak yakin bahawa tujuannya akan tercapai,sebenarnya dia telah terjatuh sebelum melangkah.
*Orang yang tidak memperhatikan masa yang telah lalu, dia akan disengsarakan oleh masa yang akan datang.
*Orang yang kurang ditimpa kesulitan jiwanya akan lemah dan orang yang kurang bekerja badannya pula lemah.
*Orang yan terlalu cepat berputus asa adalah orang yang putus harapan dan dia telah menyediakan dirinya untuk mati sebelum mati.
*Orang yang lemah selalu berasa keberatan sedangkan tidak ada yang dipikulnya,sebenarnya bukan barang yang berat,tetapi fikirannya sendiri yang memberatkannya.
*Cela dihadapan itu lebih baik daripada benci dihati.
*Cinta sejati memang tidak memandang wang,tapi wang itu penting untuk memelihara cinta.
*Jangan hendaknya perasaan cintamu menyebabkan dirimu sengsara,dan kebencianmu membuatkan kamu membabi buta.
*Cinta menghendaki kepercayaan dan kepercayaan meminta ketetapan hati.
*Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur.
*Bahawa tanaman itu tumbuh pada tempat yang lembut dan tidak tumbuh pada batu yang licin.seperti itulah ilmu hikmah,dia bekerja pada hati orang merendah diri dan dia tidak bekerja pada hati orang yang sombong
*Sabar dalam Al-Quran itu ada tiga arah:sabar dalam menunaikan segala amalan yang fardhu .yang difardhukan oleh Allah,maka sabar ini mendapat 300 tingkat.sabar dari segala yangdiharamkan oleh Allah,maka sabar ini mendapat 600 tingkat,sabar atas musibah ,maka bagi sabar ini mendapat 900 tingkat.(Ibnu Abbas)
Posted by
MUHAMMAD BIN HJ TAIB
pada
7:55 AM
0
comments
Friday, March 30, 2007
SAYANGNYA RASULULLAH S.A.W KEPADA UMATNYA
Selawat dan salam buat Rasullullah S.A.W.Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya.Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap.
Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah,"Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih- Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara padakalian,Al Qur'an dan sunnahku.
Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang- orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku." Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.
Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.
"Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia.
Tanda- tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar.
Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup.
Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkanbadan dan menutup pintu.
Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut.
Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.
"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikat maut," kata Rasulullah.
Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian panggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.
Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.
"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi."Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat- urat lehernya menegang.
"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu."Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.
"Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dandadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.
"Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yangmulai kebiruan.
"Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku" Dan,berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi.
Posted by
MUHAMMAD BIN HJ TAIB
pada
12:11 PM
0
comments
Label: Rasulullah s.aw tercinta


